Aish, baru je kira-kira nak spend duit raya nak beli itu, nak beli ini. Hehe..bajet macam dapat je duit raya. Padahal umur dah lanjut, bley jadi isteri and mak orang dah nie.
Tup tup dapat surat chenta dari en. Polis trafik. Kacau daun betolla. Tak pernah dalam sejarah hidup aku yang gilang gemilang kene saman. Tercemar rekod bersih aku sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa patriotic nie. Hehe
En polis trafik cakap, aku kene saman sebab langgar lampu isyarat kat Jalan Kinabalu bulan 5 tahun nie. Erk, jalan kinabalu? Setahu aku Kinabalu tue kat Sabah. Dan last aku pi Sabah pon tahun lepas. Tue pon cuma jadi passenger sebab ayah saye yang drive. Ceruk mana Jalan Kinabalu yang tengah-tengah kota metropolitan pon aku tak tau. IQ aku takdela rendah sangat sampai nak langgar lampu isyarat kat tengah KL yang aku memang tahu en polis trafik memang banyak dan berdedikasi menjalankan tugasnya. Paling koman pon, aku langgar lampu isyarat kat ngan umah aku, depan UM tue dan kat kerinchi Bangsar South tue aje. Hehehe
Tapi logic gak. Walaupun en. Skuter Suzuki kesayangan aku tue memang hak milik aku, tapi tukang bawaknya memang ramai. Tak pernahnye motor aku nak berehat senyap-senyap kat rumah. Mesti abang-abang aku yang bawak nie.
Melayangla duit aku. Takkan aku nak gune duit JPA yang sememangnya duit rakyat yang baik hati nak bayar saman kot. Kalau setakat seposen dua, bley a raku bayar. Nie kalau dah sampai rm150, baek duit tue aku bayar beli buku essential eslvier obs n gynae. rasa-rasa boleh tak kalau aku mintak bayar secara ansuran? Cakap kat en.polis trafik aku nie still a student. Takpun pada kengkawan aku yang sudah bekerja lagi baek hati, tolong bayarkan bley? Hehehe
Patutnye en polis trafik kene check betol-betol sape penunggangnya. Nak saman, kenela saman penunggang/driver. Baru adil dan saksama. Baru en. Polis trafik menjalankan tugasnya dengan dedikasi.
So korunk semua, sila berhemah dan patuhi undang-undang jalan raya!!
No comments:
Post a Comment