Tuesday, July 13, 2010

hari yang pelik. semua orang penting mahu beri speech

assalamualaikum

hari ini macam-macam berlaku.

penat. sungguh letih. mental dan fizikal.

biological clock pun sudah berubah. tidur lambat bangun awal. mandi pagi meredah kesejukan menuju ke ward. ikutkan hati memang malas. tapi lupa, aku sudah final year. kesudahannya, itulah pilihan aku sejak 4 tahun lepas. ikut sahaja haluannya.

pesakit = patient aku hari ini kene amputation. kagum dengan beliau. tenang sahaja menerima berita itu. sungguh, amputation itu akan meragut segala kesenangan yang beliau ada. susah untuk bekerja, bagaimana untuk menampung keluarga? beliau tak senyum atau tak sedih. tenang sahaja. redha dengan apa yang berlaku. beliau akur akan qada' dan qadar. setiap yang terjadi ada hikmahnya. mahu zahir atau tersirat.

moga beliau tabah. yup, saya sentiasa mendoakan beliau tabah mengharungi hari mendatang.

“Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya” [ al-Baqarah :286]

petang tadi satu batch mengamuk. dilabel oleh pihak tertentu. habes wall di facebook penuh dengan comment. takpela, dia tak berada di tempat kita. orang sebegitu usah dilayan. abaikan sahaja.

reminder from vice dean mengingatkan aku betapa dekatnye aku dengan final exam. tapi masih bermalas-malasan. cukupla bermain-main, kini sudah kembali ke study mode.

jom study!!

No comments: