Monday, July 12, 2010

Bandung part II

ketika hendak berlepas dari LCCT. delay 30 minutes pergi dan delay 45 minutes balik. hailo..
pergi ke Pasar Baru dengan satu bag tapi pulang dengan berbag-bag!!! terasa wallet dah kempis dek shopping. belum ditambah tolak dengan barang-barang yang dibeli di Factory Outlet!!

masakan special orang Padang. nasi lewat. hidangan di atas adalah untuk 2 orang. nasinya direbus bersama bawang putih dan merah yg saiznya macam ibu jari dan telur puyuh. layan....sodap..
kawah putih = sejuk bangat. baru di kaki gunung sudah bersin banyak kali. sampai di kawahnya, tiba-tiba dapat selsema. 2 jam perjalanan dari kota Bandung ke Kawah Putih ini. macam balik ke Ipoh je..
dibelakangnya adalah kawah putih. berasap sejuk? mestila tak!! berasap sebab panas. tapi kawasannya sejuk. kalah genting dan cameroon highlands. dan papa bergaya dengan jaket baru!! hehehe

di ciater/air panas. inilah satu-satunya kawasan yang takde orang nak mandi. sebab tue bley bergambar dengan bdk kecik ini. nampak tikar getah itu? jangan senang-senang duduk, mesti ada bayarannya. di sini, semuanya tiada yang free. even orang tolong angkat barang pon kene bayar!!

itulah Tangkuban Perahu. terkenal dengan kawah yang mengeluarkan sulphur. kawah gunung berapi. baunya semerbak bau telur busuk. sejuk juga. tapi tak boleh lawan Kawah Putih.



bertuah budak kecik ini. birthdaynya disambut di Bandung. 9/7 genap 3 tahun. mulutnya petah macam orang tua. kepada Nur Farhana Batrisyia Mohd Fazrul, asyu doakan semoga cha menjadi anak yang solehah dan beriman. jangan main-main, dia mahu jadi doctor macam asyunya. tapi dlm hati aku, jadilah apa sahaja, asalkan orang yang berguna kepada agama.


credit to Along a.k.a Mohd Faizal Mohd Nor kerana sponsor adiknya ini. terima kasih juga sebab bawak papa pi berjalan-jalan. sekurang-kurangnya kami dapat ubati rindu beliau pada arwah isterinya. tahun depan, insyaAllah giliran aku pula sponsor keluarga aku. doakan aku lulus final exam. doakan aku untuk menjadi doctor yang selamat. doakan kami, MBBS UM 06/11.

No comments: