Monday, July 12, 2010

Bandung part I

wassup wassup semua. ngee...maaf ya bapak bapak ibu ibu sekalian. masih lagi dibuai loghat indonesia. nak wat camne, bertandang ke tempat orang, kenala speaking bahasa mereka. mujur tidak jauh bedanya..hehe

alhamdulillah, 5 hari 4 malam di Bandung yang terletak di Jawa Barat, Indonesia. Rabu hingga Ahad. perjalanan hampir 2 jam. macam KL ke Ipoh, takpun KL ke Melaka.

apa yang menarik ya?

bagi yang kaki shopping, memang menarik. barangnya memang terlalu murah. rambang mata nak pilih. kalau diikutkan nafsu, mahu duit habis dek shopping gila sakan. semuanya oblan (discount)..kain, telekung, baju T-shirt, blouse, jeans, jake, kasut...segalanya murah. syurga shopping katanya.

tempat pelancongan hanya sedikit. kawah putih, tangkuban perahu dan ciater (air panas). kebetulan datang masa cuti sekolah di Indonesia. maka semua tempat begitu meriah. ramai sekali. nak amek gambar pun termasuk sekali ibu dan bapak.

makanannya tidak jauh berbeda. tapi rasanya kalau duduk seminggu, boleh dapat diabetes mellitus/kencing manis. pagi nasi, tengah hari nasi, malam pun nasi. sudahlah carbo banyak, manis pulak tue. kadang-kadang masin juga ada. tertumpah gula dan garam agaknya semasa memasak. tapi yang seronoknya, semuanya murah-murah belaka. tapi AWAS!! sila ambil perhatian kepada tahap kebersihan gerai mereka. sbb rata-ratanya kebersihan kurang memuaskan. kalau di Msia, mahu aku bagi grade D (ade ke grade nie?). sbb itu digalakkan makan di restaurant sahaja. classy, elegant tapi murah!!

alhamdulillah, pergila tempat mana pon, pasti ada musolla/surau. walaupun kecik, tapi cukupla sekadar untuk solat. tak macam Msia, kurang tempat yang sediakan surau melainkan shopping mall.

satu lagi, awareness pasal merokok juga kurang. pegila ceruk mana pun, pusing kanan, pusing kiri, depan belakang sure de orang merokok. hingga pergi ke mana-mana pasti bau rokok. memang rimas dan lemas aku dibuatnya. sampai batuk aku pon dah jadi makin teruk.

mahu pergikah lagi?

ermm, kalau nak pergi pon, biar berduit kot. hehehe...esp pada yang kaki shopping. aku maybe tak ske sangat kot. sbb aku lebih prefer pergi tempat yang boleh berjalan-jalan. lepas tension sket.

terima kasih kepada farina sebab datang jauh dari Jakarta ke Bandung seorang diri. terkejut tengok dia datang naik teksi tidak berteman. walaupun sekejap, tapi itu sudah cukup. moga ukhwah kami terus berkekalan. sebab aku sangat sayangkan dia.
p/s : next post baru de gambar ekh : )

1 comment:

MizTz_Lychee said...

Ameen....Semoga ukhwah korg berkekalan farah n farin :)