Thursday, July 15, 2010

the climb

I can almost see it
That dream I'm dreaming
But there’s a voice inside my head sayin,
You'll never reach it

Every step I'm taking
Every move I make feels
Lost with no direction
May faith is shaking but I
Got to keep trying
Got to keep my head held high

There is always going to be another mountain
I'm always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle
Sometimes you going to have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It’s the climb
The struggles I'm facing
The chances I'm taking
Sometimes they knock me down but
No I'm not breaking
The pain I'm knowing
But these are the moments that
I'm going to remember most yeah
Just got to keep going
And I
I got to be strong
Just keep pushing on
Keep on moving
Keep climbing
Keep the faith baby
Its all about
The climb
song : The Climb by Miley Cyrus
salam alaik...
saja mulakan dgn lyric The Climb. jom kita hayati lyric tue.
lagu ni cukup famous. semenjak zaman supplement tahun lepas. sbb lyricnya lebih berbentuk motivasi.
so aku nak tujukan lagu ini, khas buat rakan-rakan seperjuangan aku. yang bakal menduduki exam, mahupun segala bentuk dugaan.
kepada dzul, fadhli, buddy2 aku, dan phase IIIa..
good luck, all the best.
moga Allah permudahkan urusan kalian semua.
daripada Abu Hurairah R.A, firman Allah dalam hadis Qudsinya yang bermaksud :
Aku sesuai dengan dugaan hambaKu kepadaKu
dan Aku bersama dengannya
ketika dia ingat kepadaKu
jika dia ingat kepadaKu di dalam hatinya
Aku akan mengingatinya di dalam hatiKu
dan jika dia ingat kepadaKu di dalam lingkungan khalayak ramai
nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam lingkungan ramai yang lebih baik
dan jika dia mendekatiKu sejengkal
Aku pun akan mendekatinya sehasta
dan jika dia mendekatiKu sehasta
nescaya Aku mendekatinya sedepa
dan jika dia datang kepadaKu dengan berjalan
maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari

Tuesday, July 13, 2010

hari yang pelik. semua orang penting mahu beri speech

assalamualaikum

hari ini macam-macam berlaku.

penat. sungguh letih. mental dan fizikal.

biological clock pun sudah berubah. tidur lambat bangun awal. mandi pagi meredah kesejukan menuju ke ward. ikutkan hati memang malas. tapi lupa, aku sudah final year. kesudahannya, itulah pilihan aku sejak 4 tahun lepas. ikut sahaja haluannya.

pesakit = patient aku hari ini kene amputation. kagum dengan beliau. tenang sahaja menerima berita itu. sungguh, amputation itu akan meragut segala kesenangan yang beliau ada. susah untuk bekerja, bagaimana untuk menampung keluarga? beliau tak senyum atau tak sedih. tenang sahaja. redha dengan apa yang berlaku. beliau akur akan qada' dan qadar. setiap yang terjadi ada hikmahnya. mahu zahir atau tersirat.

moga beliau tabah. yup, saya sentiasa mendoakan beliau tabah mengharungi hari mendatang.

“Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya” [ al-Baqarah :286]

petang tadi satu batch mengamuk. dilabel oleh pihak tertentu. habes wall di facebook penuh dengan comment. takpela, dia tak berada di tempat kita. orang sebegitu usah dilayan. abaikan sahaja.

reminder from vice dean mengingatkan aku betapa dekatnye aku dengan final exam. tapi masih bermalas-malasan. cukupla bermain-main, kini sudah kembali ke study mode.

jom study!!

Monday, July 12, 2010

Bandung part II

ketika hendak berlepas dari LCCT. delay 30 minutes pergi dan delay 45 minutes balik. hailo..
pergi ke Pasar Baru dengan satu bag tapi pulang dengan berbag-bag!!! terasa wallet dah kempis dek shopping. belum ditambah tolak dengan barang-barang yang dibeli di Factory Outlet!!

masakan special orang Padang. nasi lewat. hidangan di atas adalah untuk 2 orang. nasinya direbus bersama bawang putih dan merah yg saiznya macam ibu jari dan telur puyuh. layan....sodap..
kawah putih = sejuk bangat. baru di kaki gunung sudah bersin banyak kali. sampai di kawahnya, tiba-tiba dapat selsema. 2 jam perjalanan dari kota Bandung ke Kawah Putih ini. macam balik ke Ipoh je..
dibelakangnya adalah kawah putih. berasap sejuk? mestila tak!! berasap sebab panas. tapi kawasannya sejuk. kalah genting dan cameroon highlands. dan papa bergaya dengan jaket baru!! hehehe

di ciater/air panas. inilah satu-satunya kawasan yang takde orang nak mandi. sebab tue bley bergambar dengan bdk kecik ini. nampak tikar getah itu? jangan senang-senang duduk, mesti ada bayarannya. di sini, semuanya tiada yang free. even orang tolong angkat barang pon kene bayar!!

itulah Tangkuban Perahu. terkenal dengan kawah yang mengeluarkan sulphur. kawah gunung berapi. baunya semerbak bau telur busuk. sejuk juga. tapi tak boleh lawan Kawah Putih.



bertuah budak kecik ini. birthdaynya disambut di Bandung. 9/7 genap 3 tahun. mulutnya petah macam orang tua. kepada Nur Farhana Batrisyia Mohd Fazrul, asyu doakan semoga cha menjadi anak yang solehah dan beriman. jangan main-main, dia mahu jadi doctor macam asyunya. tapi dlm hati aku, jadilah apa sahaja, asalkan orang yang berguna kepada agama.


credit to Along a.k.a Mohd Faizal Mohd Nor kerana sponsor adiknya ini. terima kasih juga sebab bawak papa pi berjalan-jalan. sekurang-kurangnya kami dapat ubati rindu beliau pada arwah isterinya. tahun depan, insyaAllah giliran aku pula sponsor keluarga aku. doakan aku lulus final exam. doakan aku untuk menjadi doctor yang selamat. doakan kami, MBBS UM 06/11.

Bandung part I

wassup wassup semua. ngee...maaf ya bapak bapak ibu ibu sekalian. masih lagi dibuai loghat indonesia. nak wat camne, bertandang ke tempat orang, kenala speaking bahasa mereka. mujur tidak jauh bedanya..hehe

alhamdulillah, 5 hari 4 malam di Bandung yang terletak di Jawa Barat, Indonesia. Rabu hingga Ahad. perjalanan hampir 2 jam. macam KL ke Ipoh, takpun KL ke Melaka.

apa yang menarik ya?

bagi yang kaki shopping, memang menarik. barangnya memang terlalu murah. rambang mata nak pilih. kalau diikutkan nafsu, mahu duit habis dek shopping gila sakan. semuanya oblan (discount)..kain, telekung, baju T-shirt, blouse, jeans, jake, kasut...segalanya murah. syurga shopping katanya.

tempat pelancongan hanya sedikit. kawah putih, tangkuban perahu dan ciater (air panas). kebetulan datang masa cuti sekolah di Indonesia. maka semua tempat begitu meriah. ramai sekali. nak amek gambar pun termasuk sekali ibu dan bapak.

makanannya tidak jauh berbeda. tapi rasanya kalau duduk seminggu, boleh dapat diabetes mellitus/kencing manis. pagi nasi, tengah hari nasi, malam pun nasi. sudahlah carbo banyak, manis pulak tue. kadang-kadang masin juga ada. tertumpah gula dan garam agaknya semasa memasak. tapi yang seronoknya, semuanya murah-murah belaka. tapi AWAS!! sila ambil perhatian kepada tahap kebersihan gerai mereka. sbb rata-ratanya kebersihan kurang memuaskan. kalau di Msia, mahu aku bagi grade D (ade ke grade nie?). sbb itu digalakkan makan di restaurant sahaja. classy, elegant tapi murah!!

alhamdulillah, pergila tempat mana pon, pasti ada musolla/surau. walaupun kecik, tapi cukupla sekadar untuk solat. tak macam Msia, kurang tempat yang sediakan surau melainkan shopping mall.

satu lagi, awareness pasal merokok juga kurang. pegila ceruk mana pun, pusing kanan, pusing kiri, depan belakang sure de orang merokok. hingga pergi ke mana-mana pasti bau rokok. memang rimas dan lemas aku dibuatnya. sampai batuk aku pon dah jadi makin teruk.

mahu pergikah lagi?

ermm, kalau nak pergi pon, biar berduit kot. hehehe...esp pada yang kaki shopping. aku maybe tak ske sangat kot. sbb aku lebih prefer pergi tempat yang boleh berjalan-jalan. lepas tension sket.

terima kasih kepada farina sebab datang jauh dari Jakarta ke Bandung seorang diri. terkejut tengok dia datang naik teksi tidak berteman. walaupun sekejap, tapi itu sudah cukup. moga ukhwah kami terus berkekalan. sebab aku sangat sayangkan dia.
p/s : next post baru de gambar ekh : )

Tuesday, July 6, 2010

saya sudah jatuh cinta!!

assalamualaikum...

post kali nie just nak share satu cerita yg menarik..yup, kisah ini panjang..tapi berbaloi rasanye...jom kite baca yerk...: )

Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”.
..Mak jawab, “dua-dua bukan..”Saya tercengang..
Mak mengukir senyuman.“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..”

Saya menarik nafas dalam-dalam.“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..”

mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..”

Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.”

Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.

Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.“

Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak..

Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..”

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.

Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.”

emak berhenti seketika..Bukan luar biasa. Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. . ”“

Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.

Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ”

Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

kesimpulannya...

lumrah sebagai manusia untuk kita jatuh cinta...Allah tidak pernah melarang kita untuk jatuh cinta. bila bercinta, semuanya indah belaka. tapi kita kadang-kadang lupa..itulah yang menyebabkan kita jauh dari Allah. jangan jadi begitu yerk kawan-kawan.

p/s : sangat takut andai diri ini terbabas menuju lembah kehinaan tatkala bercinta..moga hati ini kukuh dan tsabat mencintaiMu, ya Allah..

Monday, July 5, 2010

it has been almost 5 years..

assalamualaikum... : )

hari ini kolej ibnu sina/6th college menerima wajah2 baru. yup, freshie..dan bila datang yg baru, terasa tua pula aku..hehe..

sedar tak sedar, hampir 5 tahun kami berada di UM..5 tahun yang dilihat panjang masanya..tapi bila dah sibuk belajar, memang tak terasa. pejam celik next year dah final exam..memang cuakk...

teringat zaman orientation dulu. pergh, pm 2nd college memang gile!!! kene maki hamun, ketuk ketampi, kene jerit itula, inilah..tgh2 malam kejutkan kol 3 pagi kumpul kat tenggayun dengar depa membebel...dasat2..terasa cam masuk military college..tapi itulah yang manis dan pahitnya..sesuatu utk diingat..

orang kata medic student takde life, skema...tapi kami biarkan...kami pekakkan telinga kami..sbb mereka tidak berada di situasi kami...biarlah mereka berfikiran sebegitu, lama-lama kami dah jelak..

banyak pengalaman bersama korunk semua...bila diingat, akan tersenyum, akan ketawa. tak juga akan menangis..tapi itulah dia kehidupan..tak sentiasa indah, pasti ada pahitnya..yang mengajar kita menjadi diri kita pada hari ini.

aku membayangkan utk organize satu program di mana semua muslimat dapat join..utk kita eratkan lagi ukhwah kita..hingga tahap bila kawan kita sakit, kita turut merasa sakitnya. bila sahabat kita menangis, kita turut menangis bersamanya..insyaAllah...

moga ukhwah kita sentiasa utuh. tiada lagi persengketaan, tiada lagi bermasam muka bila berjumpa.

moga kita semua pass final exam next year dengan cemerlang dan gemilang..

moga kite semua dapat graduate bersama-sama..

moga kita semua menjadi a good and safe doctor..


insyaAllah...

Friday, July 2, 2010

congratz kak!!

assalamualaikum : )

even though dah 3 weeks, tak terlambat rasanya..congratulations to Nur Farah Amirah binti Abdul Karim..tahniah dapat continue your study kat Polytech Port Dickson..huhu...
belajar leklok yerk kak...jadi contoh yang baek pada abang, hakim n aina..kak farah dah jalankan my part sebagai contoh pada korunk semua...ganbate!!!
sh is one of my lil sisters and brothers..bdk2 yg mk aku jaga after mak mereka habes pantang...dari seorang hinggalah yg ke-empat...
kepada muhammad hafiz @ abang, muhammad hakim @ angah dan juga aina liyana, belajar leklok...
p/s : masin kat mulut aku kak?? kan dah kate confirm ko jadi junior angah...n im sure that our late mummy will be proud of you...papa happy ko dpt gak sambung study...