Wednesday, September 29, 2010

nightmare will begin


assalamualaikum

just taking a little break, after hours of sleeping. exhausted after 24 hours of standing, clerking patients, ke hulu hilir..n tak lupa segala macam bau-bau yang ada di labour ward..punyala melekat bau sampai pergi mana mana bau macam kat labour ward...'sigh'..

ya Allah, cepat betul masa berlalu. it has been ages, spending my precious time of life studying medicine. alhamdulillah, it will be end soon..: )

rasa macam semalam je terkial-kial angkut segala bagai bags, baldi masuk blok B, second college.
rasa macam semalam je nightmare of orientation week bermula.
rasa macam semalam je kenal kawan-kawan batch aku..
pergh, dah lima tahun rupanya.

dan sekarang
dah kene decide nak pilih hospital mana nak keje
dah terasa beban "responsible" terletak kat bahu nie
dah terasa aura melangkah ke alam pekerjaan dah dekat

and starting now
dah kena fikir nak choose hospital mana
nak dekat or jauh?
kene fikir pros and cons dulu
then decide together with my family
of course my father's opinion comes first
even though this is my life, my decision to make

p/s : farina, ingat tak our dream dulu? nak bukak clinic sama-sama..haha..

Saturday, September 25, 2010

special thanks


pesan Saidina Ali :

"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari".

i've heard this quote many many times. and tadi, baru je tetiba terlintas di hati.

mencari sahabat ada susah, ada senang.
yang menjadikan kita susah, sebab kita meletakkan "high standard" dalam mencari sahabat.
yang menjadikan kita senang, sebab sahabat itu kamceng dengan kita.

tapi lebih sedih kan, bila kita hilang sahabat.
trust me, i know this feeling. been there.hahaha (gelak tawar nie, tak cukup rasa)

terima kasih
for those who hated and loved to be my friend
for those who offers their shoulder for me to cry on
for those who always be there when i need the most
for those who always brings joy and tear to my life
and not to forget
for those who hurts me when i trust you the most
all the remedies and dramas
teach me something in the life.

thanks again,
to my best friends who are my psychiatric, my sister, my teacher, my blog reader, my supervisor, my motivater
yang beraya di Jakarta, Indonesia tak balik rumah walaupun flight hanya 2 jam
yang beraya di Brisbane, Ausie hanya beraya dengan sate dan kuah kacang
dan tak lupa yang "dekat" tapi rupanya kita sudah "jauh" because of our egos
gosh, really really really really miss you guys

ya Allah,
peliharalah sahabat-sahabat aku ini
semoga mereka sentiasa di bawah lembayung rahmatMu


Friday, September 24, 2010

ber-bling bling


assalamualaikum n greetings...: )

WARNING!!

this entry is nothing..saje nak mumbling rumbling tumbling dan ber-bling2...but im trying my best to put some info even though info tue hanya sekecil kuman yang memang tak ternampak dek mata kasar kita semua. it would be such a waste kalau korunk bace but gain nothing. hehe..so kalau nak bace gak, please, bear with me k..: )

"The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th hour."

it is only a sentence. tapi pada aku, cukup dengan garamnya, gulanya, rempahnya. pendek kata, secukup rasa untuk kita renung dan berfikir. niat yang baik, tak harus untuk ditangguh. harus seiring sekata dengan perbuatan. takut-takut Allah mencabut nyawa kita, tanpa sempat kita nak bertaubat atau berubah.

change on the 10th hour please? if possible, lagi awal lagi bagus. sebab kita tak tau bila kita akan mati.

insyaAllah..

"masjid sebagai tempat untuk umat Islam beribadat"

yup, it is true. tapi cuba pikir dalam-dalam. masjid itu lebih daripada sebuah bangunan yang ada bulan dan bintang, lebih daripada sebagai tempat untuk kita mendekatkan diri pada Allah. boleh jadi masjid itu sebagai tempat untuk kita berkumpul. boleh jadi sebagai tempat untuk kita belajar ilmu fardu ain dan kifayah. boleh jadi sebagai landasan untuk kita buat pelbagai aktiviti sosial selagi mana tidak bertentangan dengan garis panduan yang ditetapkan.

tapi pelik sepelik-peliknya, apabila wujud satu "kasta" untuk surau. surau ini, khas untuk orang yang ada pangkat ini. surau ini plak, khas untuk golongan ini sahaja.

geram betul. moga orang yang membahagikan surau-surau itu "nampak" dengan jelas erti sebenar masjid/surau itu.

"open houseS"

raya + open house = kena datang.
baek punya equation. hehehe..berderet-deret dapat invitation. most of them, datang daripada rakan-rakan. thanks guys. ada gak dari jiran tetangga. kalau saudara-mara pupu papat, tak payah invite memang aku akan serbu buat muka tak malu je. hehehe

insyaAllah, andai tiada aral melintang berazam nak penuhi jemputan.

"sakit itu insyaAllah sebagai kifarah dosa kita yang lalu"

kat ward bersalin, kebanyakan ibu-ibu SMS (single mother status), cepat dan senang nak bersalin. tup tup tup, anak dah nak terkeluar. maka kelam kabutla kami semua nak menyambut. tak payah nak jerit merit sampai naek dua tiga oktaf suara nak encourage ibu supaya meneran. memang sekejap.

dan bila dibandingkan dengan ibu ibu yang laen, bukan SMS, masyaAllah. derita sungguh bagi kami dan ibu ibu. ibu derita menahan sakit dan nak meneran. kami derita melihat dan nak menyuruh ibu meneran. kadang-kadang terasa macam boleh pekak telinga dengar semua insan menjerit. dan bila semuanya berakhir, "i can feel joy in this room". hehe..ibu menangis gembira.

n thanks to my partner during my obs oncall.

mungkin sakit nak bersalin itu adalah kifarah dosa-dosa kita yang lalu. setiap contraction pain insyaAllah akan menggugurkan dosa ibu.

doakan ibu ibu SMS mendapat hidayah kelak. insyaAllah..

and below, just a teaser.. : )


Wednesday, September 22, 2010

if only aku mampu untuk berlari-lari


"macam mana hendak menjadi rajin?"

R-A-J-I-N. soalan yang mencabar seh. sebab jawapannya subjektif.

aku memang rajin...
rajin menatap laptop sampai nak juling mata 360 degree siang malam
rajin nak tengok segala bagai cerita yang baru je didownload
rajin berchenta dengan buku (bkn buku medic ekh) sampai berair mata tahan mengantuk
rajin pergi berjalan-jalan menghabiskan duit esp bila dah terasa tension nak pecah kepala

tapi untuk rajin ke arah akademik..
erm....hurm...'sigh'
susah tue..

aku kagum, tersangatla respect, salute beribu kali
dengan si dia yang rajin ke klinik
yang rajin duduk di ward dari sunrise sampaila matahari bye bye kat kite
yang rajin baca buku medic, berkepit berchenta dengan oxford tue
yang rajin bersembang pasal dunia medic, even though keluar pegi midvalley
pendek kata,
mereka sentiasa ingat pada "medic"
sedangkan aku, "medicophobia" especially during my leisure time.

buatla sedaya yang mampu
takut nanti kalau dipaksa laen pulak yang dapat
takkan nak paksa diri berlari sekuat hati semasa marathon kalau diri tak mampu. laenlah kalau "run for your life" dek dikejar anjing
takkan nak paksa mata terbuka 24hours hadap buku medic sampai merah mata mengalahkan orang yang kena conjunctivitis
takkan nak paksa otak digest semua yang dibaca in one day melainkan otak kita tue otak "cpu".

every single of us
ada cara tersendiri untuk menjadi rajin
macam rajinnya diri kita mencari redha Allah
macam itula kita kene rajin, untuk berjaya dalam hidup
but of course, rajin ke arah Allah harus melebihi segalanya

macam sabda kekasih kita yang satu, Rasulullah SAW :

"sesiapa yang keluar menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali"
(riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darim)

chaiyok!!! : )...hehehe

Tuesday, September 21, 2010

does it hurts too much?





"forgive everyone for the sake of ukhwah"

love this words.
saling memaafi, demi ukhwah. tapi yang paling penting, memaafi demi Allah.

kadang-kadang susah betol nak maafkan orang.
kadang-kadang susah bebenor nak lupakan kesalahan orang itu.
kadang-kadang berat betul mulut nak sebut "aku mintak maaf".

kenapa ekh?

sebab bukan salah kita kah?
sebab kita anggap, meminta maaf itu lambang kelemahan diri?
ke sebab kita terlalu ego?
hangpa semua tepuk kepala tanye diri sendiri. jawapannya, korunk semua tahu.
jangan pura-pura buat endah tak endah tak tahu jawapannya. peace..: )

tahu,
bukan senang nak maafkan orang
apatah lagi jika kesalahan itu, dilakukan oleh orang yang kita sayang, kita percaya.

tahu,
bukan senang nak lupakan kesalahan mereka
apatah lagi ianya sangat-sangat meninggalkan kesan mendalam

tapi,
setiap manusia bukannya perfect.
yang penting, kita belajar
belajar daripada kesilapan yang mereka dan kita lakukan
dan berazam tidak mengulanginya.

kita belajar
bagaimana nak maafkan orang
walaupun ianya pahit kelat payau dan sebagainya

“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.” (Riwayat Ibnu Abi Dunya)


saya sayang semua kawan saya : )

sebelum terlupa,
post ini tiada kaitan dengan sesiapa sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.... : )..hehe

Friday, September 17, 2010

peace..hehe



Dalam dunia ini,

Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.

Tetapi dalam kita bersendiri,

Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.


Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.

Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Tapi kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..

Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.


Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??

Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,

Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.


Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,

Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.


Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,

Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,

disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,

kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.



Wednesday, September 15, 2010

detik SKEMA bermula

assalamualaikum n greetings

mulai saat ini, saya mahu jadi SKEMA!! maka entry ini dipenuhi dengan ayat-ayat yang SKEMA. hehe

saya mahu menjadi SKEMA ikut versi Allah dan Rasulullah SAW. satu malam, tiba-tiba fikiran saya disesakkan dengan satu pertanyaan. penyoalnya adalah diri saya sendiri, maka penjawabnya adalah diri saya sendiri..

mulai sekarang jua, saya mahu isi lompang dan longkang dalam amal ibadat saya. kukuhkan yang asas, dan perbanyakkan yang sunat.

saya juga mahu menjadi SKEMA, sebab final exam saya sudah dekat. bulan 3 tahun depan menjadi detik keramat saya, sama ada saya boleh menjadi doctor atau tidak. saya sudah rasa bagaimana susah dan senangnye bila kene supplement. maka saya sudah tidak mahu ulangi semula.

saya sudah pon merancang jadual study group saya. dan saya juga tidak mahu ponteng kelas tanpa sebab yang munasabah. hehehe..moga saya berjaya : )

biarlah saya menjadi SKEMA. asalkan SKEMA ikut garis panduan yang Allah tetapkan.

"Dan barangsiapa menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh, sedangkan dia beriman, maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas dengan baik" [ al-Isra : 19]

insyaAllah..mari kita bersama-sama ke arah itu..: )

Tuesday, September 14, 2010

hari ini hari kurang kasih sayang

grr...nak balik kampung!!


bak kata zurah,

"cuti raya terpendek sepanjang hidup tapi mungkin terpanjang untuk kali terakhir"

atas nama pengorbanan mengejar title "Doctor" yang sememangnya tidak diminati aku melainkan demi parents, maka bertapaklah aku di tanah UM yang banyak construction nie.

atas nama title "medic student" yang sememangnya mendera jiwa aku untuk 5 tahun, maka di sinilah jasad aku berada, menghadiri class sedangkan aku boleh je nak ponteng sesuka rasa. tapi teringat perkataan TANGGUNGJAWAB, meremang bulu roma aku nak pikir jawapan pe nak diberi di akhirat kelak.

jasad di sini, sedangkan jiwa aku di tempat lain, bersama keluarga. cewah, hahaha

hari ini hingga minggu depan, tinggallah aku seorang sebatang kara. mereka semua pulang ke Kelantan, beraya di sana. dan aku hanya berkesempatan beraya dengan saudara mara di sebelah mak melalui panggilan telefon sahaja. sob sob sob...

tapi takpe, hari ni gak aku akan beraya bersama-sama pakcik makcik sepupu papat anak buah sebelah ayah kat rumah pak long..yippi..: )


" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim)

Monday, September 13, 2010

celoteh di pagi syawal


assalamualaikum n greetings...: )

Saban tahun syawal datang dan pergi. Sebulan tempoh syawal, orang akan pulun beraya sakan. Maka yang merana adalah perut sebab dipenuhi dengan makanan yang serba serbi. Yang seronok mestila budak budak. Kocek mesti penuh dengan duit raya. Dalam diam, dah pikir macam macam nak watpe dengan duit tue. Hehehehe

Tahun ke dua beraya tanpa kedengaran riuh rendah suara arwah mak. agak syahdu tapi tidakla sampai sedih bebenar. yang hidup pasti akan mati, itukan janjiNya.

kali nie diganti dengan suara aku je yang naek dua tiga oktaf berpanjang panjang harakatnya. Kali ini aku yang memikul segala beban amanah untuk menguruskan rumah. Seminggu cuti seminggu jugalah aku kerah semua tenaga manusia tak kira muda atau budak tiga tahun untuk kemas rumah. Habis habisan menggempur setiap dust yang cuba maen hide and seek kat setiap ruang di dalam rumah. Belum ditambah dengan nak pikir langsir mana nak ditukar, lantai untuk di mop, rumah untuk di vacuum, dapur untuk berasap, menu untuk dijamah.

kenapa aku menyibukkan diri sepanjang cuti nie? sebab dah jadi tanggungjawab aku kot.

Tanggungjawab, itu amanah. Bukannya setakat words yang panjang lebar yang laju je mulut kita nak sebut. Tanggungjawab, bukan senang nak pikul andai kita tak endah tak endah. Lari laju macam Usain Bolt pon masih lagi terikat dengan tanggungjawab. Selagi kita semua masih bernafas, bergelar manusia, secara automatic memang akan tersedia tanggungjawab di atas bahu kita nie.

Tanggungjawab, andai diberi ke atas sebuah gunung, nescaya gunung pon akan hancur. Sebab dah kene tanggung, kene pandai menjawabnya di akhirat kelak. Nanti tak pasal-pasal kaki kanan nak melangkah ke pintu syurga, tapi kaki kiri tersekat kerana tidak menunaikan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya.

Dari Abdur Rahman bin Samurah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku:”Hai Abdur Rahman! Janganlah engkau meminta-minta hendak jadi pembesar negara kerana jika engkau jadi pembesar kerana permintaan, tanggungjawabmu akan besar sekali. Dan jika engkau diangkat tanpa permintaan, engkau akan dibantu orang dalam tugasmu.”

Maka jatuhla tanggungjawab ke atas aku memandangkan aku seorang sahaja suri di rumah itu.

Maka jatuhla segala pertanyaan “mana pinggan mangkuk tue?” “ mana kain lapik meja nie?” “nak makan apa raya nie?” “ nak masak pe?”… belum ditambah nak melayan kerenah abang abang yang perasan depa masih umur dua tiga tahun merengek nak makan itu, makan ini. Dahla demand, selera besar, komen macam macam pulak tue.

nape kuah kacang ko macam tak cukup cili?”..padahal air mata aku dah meleleh sebab pedas gile. Agaknya perut depa besi kot. Pasni aku ‘tumpah’kan satu bekas cili mesin padan muka..hehe

nape cookies ko laen macam je rasanye?”….orang suruh order tak mahu..bile dah buat komen sesedap rasa je. Padahal dah tiga empat cookies selamat masuk perut ..ish ish ish..

nape tooping cake ko keras semacam je?”..padahal dah separuh cake tue selamat telan dan berperang dengan en. Juice dalam perut.

tapi seronok. Sekurang-kurangnya depa habiskan gak pe yang aku masak. Hehehehe..

mungkin sebab kecik dah terbiasa beraya di Kelantan yang raya aidiladhanya jauh lebih meriah daripada raya syawal, maka dah biasa kot sambut sederhana sahaja. Mendengar takbir sudah pasti sebab sunat di pagi raya.

Mungkin kami sambut tak semeriah yang lain, tapi kami bahagia. Hidup bahagia bukan hanya diertikan dengan harta benda yang banyak dan rumah yang besar macam istana. Hidup bahagia bukan hanya diertikan dengan senyuman gelak tawa riang gembira.

Definisi hidup bahagia nie hanya diri sendiri je yang dapat tafsir.. : )

Saturday, September 11, 2010

subtitle


".....Our Lord!! condemn us not if we forget or fall into error; our Lord! Lay not on us a burden like that which Thou didst lay on those before us; our Lord! Lay not on us a burden greater that we have strength to bear. Blot out our sins, and grant us forgiveness. Have mercy on us. Thou art our Protector; help us against those who stand against Faith"

"…Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami pikul. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami... "


al-Baqarah..ayat 286

dulu main tangkap muat je hafal ayat nie. sebab masuk dalam exam. paper Pendidikan Islam, untuk ayat hafazan.

dulu hafal pon, sekadar hafal ayatnya. cukup tatatertib, sekali dengan hukum tajwid, dengungnya dan panjang harkatnya. tak pernah terlintas pon nak tahu, apa yang Allah beritahu pada hambaNya. sebab dalam exam tak tanye makna ayat tue.

dan maen redah je baca dalam doa harian lepas solat, tanpa tahu maknanya. macam manala Allah nak makbulkan doa kita kalau orang yang meminta kepadaNya sendiri tak faham apa yang dia mintak. ish ish ish, maunya ada orang buat jahat suruh hafal ayat yang mintak ntah apa-apa, mau nanya!

kalau tengok movie/drama English/Korea/Japan, mesti nak subtitle. sebab nak faham apa depa habaq.

maka tak salah rasanya, kita luangkan masa w/pun sesaat untuk kita baca tafsir al-Quran setiap hari. untuk kita paham apa yang Allah sampaikan pada kita.

sebab al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW kan pegangan kita : )

Thursday, September 9, 2010

syawal mula datang mengintai


kepada semua rakan-rakan sahabat taulan
yang berada di ceruk Malaysia
tak lupa pada mereka yang bertaburan di seluruh dunia
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
maaf zahir batin : )

dan sekali lagi ramadhan melabuhkan tirainya
jom kita renung, intai dan usha
adakah ramadhan kali ini
benar-benar meninggalkan kesan
walaupun secalit kuman
di dalam hati kita?

masih adakah ramadhan untuk kita
pada tahun depan dan selepasnya?

moga kita gigih mencari dan memperbaiki
amalan buat bekalan di sana nanti
InsyaAllah

berchenta dgn en. pakaian seragam putih

Aish, baru je kira-kira nak spend duit raya nak beli itu, nak beli ini. Hehe..bajet macam dapat je duit raya. Padahal umur dah lanjut, bley jadi isteri and mak orang dah nie.

Tup tup dapat surat chenta dari en. Polis trafik. Kacau daun betolla. Tak pernah dalam sejarah hidup aku yang gilang gemilang kene saman. Tercemar rekod bersih aku sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa patriotic nie. Hehe

En polis trafik cakap, aku kene saman sebab langgar lampu isyarat kat Jalan Kinabalu bulan 5 tahun nie. Erk, jalan kinabalu? Setahu aku Kinabalu tue kat Sabah. Dan last aku pi Sabah pon tahun lepas. Tue pon cuma jadi passenger sebab ayah saye yang drive. Ceruk mana Jalan Kinabalu yang tengah-tengah kota metropolitan pon aku tak tau. IQ aku takdela rendah sangat sampai nak langgar lampu isyarat kat tengah KL yang aku memang tahu en polis trafik memang banyak dan berdedikasi menjalankan tugasnya. Paling koman pon, aku langgar lampu isyarat kat ngan umah aku, depan UM tue dan kat kerinchi Bangsar South tue aje. Hehehe

Tapi logic gak. Walaupun en. Skuter Suzuki kesayangan aku tue memang hak milik aku, tapi tukang bawaknya memang ramai. Tak pernahnye motor aku nak berehat senyap-senyap kat rumah. Mesti abang-abang aku yang bawak nie.

Melayangla duit aku. Takkan aku nak gune duit JPA yang sememangnya duit rakyat yang baik hati nak bayar saman kot. Kalau setakat seposen dua, bley a raku bayar. Nie kalau dah sampai rm150, baek duit tue aku bayar beli buku essential eslvier obs n gynae. rasa-rasa boleh tak kalau aku mintak bayar secara ansuran? Cakap kat en.polis trafik aku nie still a student. Takpun pada kengkawan aku yang sudah bekerja lagi baek hati, tolong bayarkan bley? Hehehe

Patutnye en polis trafik kene check betol-betol sape penunggangnya. Nak saman, kenela saman penunggang/driver. Baru adil dan saksama. Baru en. Polis trafik menjalankan tugasnya dengan dedikasi.

So korunk semua, sila berhemah dan patuhi undang-undang jalan raya!!