Monday, November 16, 2009

2012-relevankah??

salam semua...:)

jumaat lepas
pi tgk movie 2012 bersama rakan2 yg laen...setelah sekian lama tak tgk movie..huhuhhu
hurmm...
best2....rugi tak tgk
menggambarkan bagaimana rupa dunia ni
bile hari yg dijanjikan Allah iaitu hari kiamat tiba

bile tgk movie nie
jgn sekadar hiburan sahaja
maka hiburan sajalah yg anda akan dapat
cube selami mesej yg cuba disampaikan

citer tue predict 2012
sedangkan kiamat itu datang bila2
namun yg pasti
ia terjadi pada hari Jumaat
andai Allah dah tetapkan tarikh
semua akan lambatkan taubat mereka
hingga tiba dengan tarikh itu
lihat
betapa hipokritnya kite semua
pada Pencipta kita semua
sebab itu kite kene sentiasa bersedia
polish iman kite, qualiti dan quantiti amal jariah kita

juga kagum
mereka teliti alQuran rupanya2
ingatkan mereka bina space ship cam citer star wars
rupanye2 bina bahtera
macam cerita Nabi Nuh tue
moga mereka mendapat hidayah dari Allah...

namun mereka lupa
janji Allah dalam alQuran
tanda2 dekatnya hari akhirat itu
bahawa dajal akan muncul
Imam Mahdi akan muncul juga
turunnya Nabi Isa
keluarnya Yakjuj dan Makjuj
terbitnya matahari dari barat
hancurnya Kaabah

"Maka apabila sangkakala ditiup sekali tiup dan diangkatlah bumi dan gunung ganang lalu dilenturkan keduanya sekali bentur. Maka pada hari itu terjadilah hari Kiamat, dah terbelahlah langit, kerana pada hari itu langit menjadi lemah" [ al-Haaqqah : 13-16 ]

terasa gerun diri ini
tertanya2 dlm hati
sudahkah aku bersedia utk hari kiamat kelak
jawapannya..tidak.....
masih jahil...masih tidak cukup bekalan utk dibawa ke hari perhitungan
ayuh kawan2
kite perhebatkan amalan kita
agar syurga itu destinasi kite yg muktamad

"Dan bukanlah harta benda kamu dan tidak juga anak pinak kamu yang mendampingkan kamu disisi Kami walau sedikitpun, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, maka mereka itu yang akan beroleh balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang mereka telah kerjakan, dan mereka pula ditempatkan dalam mahligai (di syurga ) dengan aman sentosa" [ Saba' : 37 ]

p/s : tahniah kepada producer sbb keluar dgn idea yg sebegini...mengingatkan kite yg lalai dgn nikmat dunia tapi lupa pada hari perhitungan...

No comments: