Sunday, August 29, 2010

tinggal aku sahaja yang masih lagi budak-budak

511 sentiasa dalam ingatan

that picture was us, 511 7 years ago. dan jumaat lepas, baru je wat reU kecil2lan. kat Shah Alam, bertempat di rumah azilea. walaupun tak ramai, cukup meriah.

semuanya boleh dikatakan sudah bekerja. yang tinggal, masih lagi pegang title student are : aku, farina, umai, huda, arif, zuresh, fadhil dan mus.

rindunya aku pada zaman sekolah dulu. especially pada mrsm jasin.

terasa macam baru semalam je amek paper SPM kat dewan laksamana. dan terasa macam semalam je aku kenal dengan mereka-mereka ini. terasa macam semalam je berkejar-kejar dgn homeroom 15 kat dewan sambil aim nak baling cream cake. terasa macam semalam je aku menyorok dalam kereta kuar outing secara 'haram'. dan terasa macam semalam je suara aku naek tiga oktaf menjerit terpekik dalam blok G suruh orang turun taklim dan light off. dan terasa macam semalam je aku budak sekolah yang kerjanya gelak gembira riang ria sakan tanpa memikirkan masalah.

tapi itu dulu. tujuh tahun yang lepas. ketika aku still budak mentah. budak skemalah orang kate.

cepat betul masa berlalu kan?

macam baru je semalam dapat result SPM. berpeluk menangis kegembiraan sambil sujud syukur di surau.

dan bila jumpe mereka mereka semua, baru aku sedar. dah jauh sebenarnya masa-masa itu. masing-masing dah besar. dah dewasa. dah matured. boleh jadi suami, isteri, ayah dan mak orang.

musz datang dengan isterinya. arif masih lagi dengan senyapnya. nak dengar suara dia yang ibarat tunggu emas kuar dari mulutnya. fadhil dan zuresh masih lagi pekat dengan loghat pantai timurnya. bos masih lagi dengan stailnya. cuma makin berisi. hehehe

dan lea masih dengan ke'cute'annya. tak sia-sia dia menang anugerah 'miss cute' mase kat sekolah. yaya masih lagi dengan lawak yang buat aku tak kering gusi.

dua tahun aku bersama membesar bersama-sama mereka. pelbagai ragam yang haru biru. rindu..memang rindu sangat. yang pahit, kelat, manis, payau, masin, semuanya ada.

siapa kata duduk sekolah asrama tak seronok? siapa kata duduk boarding school adalah zaman yang menyeksakan? bagi aku, itulah zaman paling seronok dalam hidup aku. lima tahun aku belajar di mrsm. dan lima tahun jugalah aku makan nasi kawah. segala macam pengalaman aku kutip.

dan kini, semuanya bertaburan di keliling dunia. alhamdulillah, mereka semua sudah berjaya dalam bidang masing-masing.

moga mereka semua berjaya dunia dan akhirat. insyaAllah...amin..: )

dan teringat aku pada hadis Rasulullah yang sentiasa aku dengar,

Rasulullah s.a.w bersabda:"2 orang sahabat yang saling berkasih sayang antara satu sama lain kerana ALLAH. Mereka bertemu dan berpisah hanya kerana ALLAH."

6 comments:

Bintang said...

:)

aku pun. xpenah membesar. jumpa kawan lama, ayat yg sama saja dipersoal-kan.

ko xmakan ke zura, kecik je?

haha. selamat bersahabat.

B.

MizTz_Lychee said...

Farah!ko pon xlama agi da ilang title student!Doktor gitu.InsyaAllah kan? Huhu.Ramai ea join. Sebab aku kije Melaka, susah sket. Apa2 pon, memang kenangan masa sekolah adalah yang terbaek. Banyak belajar erti persahabatan :) Thank you Farah :)

fhmn111 said...

soalan favourite skang : bile nak kahwin? : )

shima : amin, insyaAllah..lima tahun berjuang, harapnye dapatlah bekerja. dapat merasa makan gaji..hehe...best kan mase sekolah..gegak gempita

Bintang said...

haha. aku tak. ko jelah.:P

leming said...

gile aku hampir nanges bace post ni..sayu siot.. tula, cepat kan masa berlalu..pasni leh wat 7 tahun 7 bulan..hehe

fhmn111 said...

leming : im very good in words..particularly BM..mesti bangga gile cikgu Hasran..hehehehe..jom ar wat 7 tahun 7 bulan..hehe..mesti laku..