Tuesday, August 31, 2010

walaupun sudah terlambat tetap aku ingin comment

assalamualaikum...

salam Ramadhan al-mubarak!!

tak salah rasanya kalau aku bagi salam cam tue kot. walaupun sekarang semua sibuk dengan salam 1 malaysia. hehehe..maklumlah, hari ini hari kemerdekaan malaysia ke 53. papepun, sebagai rakyat malaysia yang gemilang dan terbilang ini, aku bangga. sudah 53 tahun rupanya negara terchenta ini merdeka..alhamdulillah..: )

pejam celik menahan lapar siang dan kenyang waktu malam, sedar tak sedar bulan ramadhan hampir melabuhkan tirainya : ( ... dan sekarang kita di ambang malam lailatul qadar. marilah kita bersama-sama rebut peluang ini.

siapa kata bila kita dah bekerja kita takde masa untuk beribadat?
siapa kata bila kita dah masuk clinical year dah tak cukup tanah untuk dipijak disebabkan busy apatah lagi untuk sujud di tikar sejadah?
siapa kata bila kita dah berkeluarga dah tak sempat nak curi-curi masa beriktikaf mengingati Allah?

orang yang bijaksana, dia akan bahagikan masanya dengan teratur.
sepertiga waktu kite bekerja
sepertiga waktu lagi untuk kita berehat atau tidur
dan sepertiga waktu lagi, kita pulun untuk beribadat
hah, amacam? ada berani? insyaAllah..berdikit dikit kita berusaha. mana tahu kelak menjadi kebiasaan.

ada satu quote yang aku suka sangat2..kalau boleh like, dah lama aku "like" banyak-banyak..hehe

"Ramadhan tu bukannya diertikan dengan bazar Ramadhan. Bukan diertikan dengan Malam Tujuh Likur pasang pelita. Bukan diertikan dengan lawan meriam buluh antara kampung. Bukan diertikan dengan buka puasa di hotel-hotel. Bukan diertikan dengan rancangan masak-masak bulan puasa di TV. Tapi benda-benda tu la yang dah jadi definisi Ramadhan kat Malaysia."

aku setuju kot 150%..

bila datang je ramadhan, orang dah sibuk-sibuk nak buka puasa dengan dia kat situ, dia kat sini.
bila datang je ramadhan, orang dah mula pikir nak baju raya itula, inilah. sedangkan baru je puasa sehari.
bila datang je ramadhan, telinga dah mula terngiang-ngiang lagu raya. kepala yang berisi otak 3 pauns nie dah berkira-kira nak maenkan lagu raya pe kat radio/laptop.

pelik, memang pelik. tapi yg pelik itulah menjadi kebiasaan kita.

ayuh kengkawan.
penuhkan malam-malam terakhir kita dengan memperbanyakkan amalan-amalan kita.
rajinkan diri kita, bangun solat qiam.
basahkan lidah kita dengan zikir-dzikir.
isikan masa-masa terluang kita dengan bertadarus.
dan lagi molek kalau kita teruskan amalan-amalan ini sepanjang hayat kita.
bukan hanya di bulan ramadhan sahaja.

kita bangun solat qiam dan berzikir, supaya hati kita bersih. nak menghadap PENCIPTA kita, kenelah semuanya bersih dan dalam keadaan elok.
kita anjurkan program bertadarus, bukan seronok-seronok dapat makan pulut kuning, makan makanan yang sodap hingga menjilat jari masa penutup nanti. sebaliknya, kita bertadarus sebab nak ajak semua orang untuk beramal bersama-sama. sebab kita nak masuk syurga bersama-sama.

moga Allah permudahkan segala usaha kita. : )

"Kemudian sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) orang yang mengerjakan kesalahan kerana kebodohannya, kemudian mereka bertaubat setelah itu dan memperbaiki (dirinya), sungguh, Tuhanmu setelah itu benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang" [ an-Nahl : 119 ]

Sunday, August 29, 2010

tinggal aku sahaja yang masih lagi budak-budak

511 sentiasa dalam ingatan

that picture was us, 511 7 years ago. dan jumaat lepas, baru je wat reU kecil2lan. kat Shah Alam, bertempat di rumah azilea. walaupun tak ramai, cukup meriah.

semuanya boleh dikatakan sudah bekerja. yang tinggal, masih lagi pegang title student are : aku, farina, umai, huda, arif, zuresh, fadhil dan mus.

rindunya aku pada zaman sekolah dulu. especially pada mrsm jasin.

terasa macam baru semalam je amek paper SPM kat dewan laksamana. dan terasa macam semalam je aku kenal dengan mereka-mereka ini. terasa macam semalam je berkejar-kejar dgn homeroom 15 kat dewan sambil aim nak baling cream cake. terasa macam semalam je aku menyorok dalam kereta kuar outing secara 'haram'. dan terasa macam semalam je suara aku naek tiga oktaf menjerit terpekik dalam blok G suruh orang turun taklim dan light off. dan terasa macam semalam je aku budak sekolah yang kerjanya gelak gembira riang ria sakan tanpa memikirkan masalah.

tapi itu dulu. tujuh tahun yang lepas. ketika aku still budak mentah. budak skemalah orang kate.

cepat betul masa berlalu kan?

macam baru je semalam dapat result SPM. berpeluk menangis kegembiraan sambil sujud syukur di surau.

dan bila jumpe mereka mereka semua, baru aku sedar. dah jauh sebenarnya masa-masa itu. masing-masing dah besar. dah dewasa. dah matured. boleh jadi suami, isteri, ayah dan mak orang.

musz datang dengan isterinya. arif masih lagi dengan senyapnya. nak dengar suara dia yang ibarat tunggu emas kuar dari mulutnya. fadhil dan zuresh masih lagi pekat dengan loghat pantai timurnya. bos masih lagi dengan stailnya. cuma makin berisi. hehehe

dan lea masih dengan ke'cute'annya. tak sia-sia dia menang anugerah 'miss cute' mase kat sekolah. yaya masih lagi dengan lawak yang buat aku tak kering gusi.

dua tahun aku bersama membesar bersama-sama mereka. pelbagai ragam yang haru biru. rindu..memang rindu sangat. yang pahit, kelat, manis, payau, masin, semuanya ada.

siapa kata duduk sekolah asrama tak seronok? siapa kata duduk boarding school adalah zaman yang menyeksakan? bagi aku, itulah zaman paling seronok dalam hidup aku. lima tahun aku belajar di mrsm. dan lima tahun jugalah aku makan nasi kawah. segala macam pengalaman aku kutip.

dan kini, semuanya bertaburan di keliling dunia. alhamdulillah, mereka semua sudah berjaya dalam bidang masing-masing.

moga mereka semua berjaya dunia dan akhirat. insyaAllah...amin..: )

dan teringat aku pada hadis Rasulullah yang sentiasa aku dengar,

Rasulullah s.a.w bersabda:"2 orang sahabat yang saling berkasih sayang antara satu sama lain kerana ALLAH. Mereka bertemu dan berpisah hanya kerana ALLAH."

Thursday, August 26, 2010

bila aku dah start berblogging



ketagih. gian.

gile ke pe aku nie? hehe

sebulan tak berblogging, terasa cam dunia upside down. makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena. hehehe

apa yang berlaku sebulan lepas?

susah nak cakap. susah nak tafsir. tapi cukup untuk menyedarkan diri aku, berhati-hati.

siang malam aku berdoa, agar hati aku dilembutkan.


maka hasilnya ?

aku cuba. sedaya upaya mencuba menjadi yang terbaik. insyaAllah..

soalan yang wat aku tertanya-tanya

assalamualaikum

last week : viva with prof Razif

given a scenario
a 72 year old man comes to A&E with history of falling to the left arm. He has pain and unable to move his UL. he also told you that he had difficulty in passing urine for one week.

questions were :

- how do you proceed from that
- physical examination?
- investigations?
- management

conclusion : alhamdulillah, dapat jawab. pass : )

selasa, 2.30 pm at 8u. short case with dr. Ravi

27 year old man. with loss of shoulder contour, muscle wasting over deltoid region
shoulder adduction with extension and pronation of elbow and flexion of fingers at PIP joint.

questions were :

- physical examination
- show what is grade 2 and grade 3 muscle power of the elbow
- diagnosis ? complete brachial plexus injury
- differences between pre and post ganglionic? why it matters?
- differences between complete BPI and partial BPI?
- how do you manage this patient?
- what kind of rehab do you want to do and why?

conclusion : *sigh*

thursday, written paper

a 72 year old lady came to A&E with history of falling with an outstretched right hand. she complained of pain and swelling over her right hand. she had dinner fork deformity. X-ray showed Colles' fracture of right hand with obvious osteoporosis. she was treated conservatively with closed manipulation and reduction (CMR) under sedation.

questions were :

- what is Colles' fracture
- how do you advice the patient before doing CMR
- what sedation do you give? how you administer it and how you monitor the patient during CMR
- explain how you perform CMR for Colles fracture and what type of cast
- what do you do after CMR
- how do you advice the patient before you discharge the patient
- what are you plan for follow up
- briefly explain general non pharmacological and pharmacological management of osteoporosis

conclusion : berganda-ganda *sigh*. keluar awal sbb tatau nak jawab pe ntah.


untuk mereka-mereka yang rindukan :: my hikayats ::

salam n greetings.

I’m back!! hehehe

insyaAllah for good. Pray for me k.

why?

Ntah. Part of it sbb orang request. Wah, bajet femes je. Hehehe. And other part, sbb peribadi.

insyaAllah after ini akan lebih berhati-hati. agar tak mengetuk hati mana-mana pihak.

sebulan blog nie menyepi, banyak benda nak citer.

tapi sabar. satu demi satu ye

sebelum alpa, selamat hari tua kepada cik bedah dan moyang..

siapakah mereka-mereka ini? biarlah empunya badan sahaja yang tahu.

dan diingatkan sekali lagi, again and again

bila baca blog ini, please do not abaikan solat time, belajar time.

why ? i have the saham also.

......bukan mudah untuk berubah

dari tanpa arah ke sejadah,
dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan.....