Wednesday, September 30, 2009

my tribute..

usai solat zuhur dan membaca alQuran, diri ini mendengar lagu dendangan sami yusuf berjudul mother..sebenarnya dari pagi tadi cuba download, baru tadi dapat full version....alhamdulillah..maka terlintas di fikiran utk menulis entri mengenai arwah bonda tercinta...



ibuku bernama Rohani binti Hassan..Allah lebih menyayanginya apabila perginya beliau meninggalkan kami semua pada 7hb May 2009@ 12 Jamadilawal 1430..kirenye hampir 5 bulan pemergiannya ke rahmatullah kerana septicaemia with multi-organ failure due to DM and hypertension..

sesungguhnya utk bercerita mengenai arwah memerlukan ketabahan hati..moga tidak mengalir air mata ini semasa menulis entri ini..masih teringat saat2 kami semua dengan beliau..ibu yg ku panggil mummy ini bukannya seorang yg mempamerkan kasih sayangnya..beliau seorang yg tegas..andai salah, maka adelah hukumannya..ketika kecil, meronta hati ini apabila dimarahi oleh ibu tak kira berada di mana.malu sebab dimarahi depan kawan..memberontak sebab slalu dibebel..kini, tiada lagi bebelan nasihat dari mummy..sungguh, hati ini sungguh merindui suara beliau...

mummy pandai masak..cakap je nak makan apa, insyaAllah akan dipenuhi..kalo balik rumah mase cuti sekolah, mesti akan terhidang di meja lauk kegemaranku, sambal tumis ikan bilis..cukup memenuhi seleraku walaupun hanya satu hidangan..kini, tiada lagi hidangan utk kami adik-beradik..walaupun kini masing2 sudah pandai masak, takkan sama dengan air tangan insan bergelar mummy..

bila raya, pasti akan riuh dengan suara mummy..lekas kemas rumah, mari tolong mummy wat cake raya, masak rendang, jgn lupe beli kuih raya, meh pilih baju raya..itu dulu, kini raya tidak semeriah dulu..tiada lagi riuh rendah suara dan sentuhan mummy..sebak tak terkira apabila berkunjung ke pusara mummy..akan menjadi2 esakan tangisan apabila mendengar esakan ayah..

masih lekat di ingatan saat2 terakhir pemergiannya..ketika itu aku berada di HTAR, Klang..usai tamatnya class pcm di bkt kuda, tiba2 deringan msg berbunyi.sms dari alang.."mummy tenat. Doc maybe nak pull d plug. very slim chances to survive.."..menggeletar tangan dan kaki ketika membacanya..tak keruan hati ini..cepat2 menggapai apa yg ada menuju ke moto scooter suzuki..membonceng ke hosp ampang...mujur tiada halangan sepanjang perjalanan.setibanya di ICU, aku terus menggenggam tangan mummy..sejuk sangat2..ecg mase tue dah tunjuk arrhytmia..respiratory rate and pulse rate pun tak menentu..sebagai medic student, aku tahu maksudnya..usai solat asar, papa panggil semua kami adik beradik..angah, alang dan aku..along ketika itu dalam perjalanan pulang dari sabah..kami semua bace yassin..tersekat2 kami membacanya..esakan tangisan kedengaran dari papa cukup menggambarkan kasih, cintanya pada mummy..lebih kurang 10pm, akhirnya ecg terhenti..menandakan perginya bonda tercinta buat selama2nya..Allah itu maha pengasih, maha adil dan maha penyayang...mummy meninggal tepat2 selepas along sampai ke icu lepas pulang dari Sabah...kami redha dengan pemergian mummy selepas 2 bulan terlantar di hosp..kuar masuk icu..kene cucuk sane sini..hingga lebam sini sana..ketika itu hari khamis malam jumaat..alhamdulillah, esoknya ketika dimandikan dan dikafankan, seolah2 mummy tersenyum..moga mummy tergolong di kalangan orang yg beriman..amin...

tersentuh hati dengan nasihat seorang kwn.."satu je farah, jadilah anak yg solehah..itulah penyambung doa utk ibu"..terima kasih banyak2 atas nasihat itu..terima kasih kepada sahabat2 yg sentiasa memberi sokongan..yg sanggup menawarkan bahunya utk aku menangis..yg turut sama2 menangis..terima kasih kepada farina hanum harith fadhilah kerana tidak jemu memberi semangat, yg sentiasa layan msg aku tgh2 malam bile teringatkan arwah..terima kasih kepada cikgu noer asyikin, kerana sentiasa menasihati dan memberi sokongan..beliau umpama ibu kepadaku..terima kasih banyak2..

yg hidup pasti akan mati..itu janji Allah..yg hidup kenelah teruskan perjuangan hidup...setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya..jadilah anak yg soleh/solehah kepada ibu bapa sementara mereka masih ada...bukankah syurga itu di bawah telapak ibunya??alfatihah kepada mummy..

di sini permulaannya...

assalamualaikum and greetings to all...

my first blog..alhamdulillah, sudah lame merancang tapi tertangguh dek kemalasan dan kesuntukan masa...tujuan berblog??....sekadar utk berkongsi cerita yg terlintas di benak fikiran..hanya sekadar utk berkongsi ilmu di dada..seperti hadis berbunyi : sampaikanlah walaupun hanya sekadar satu ayat..

saya??aku??ana??i??kita??kami??cek??..tak kiralah apa gelaran diri yg akan digunakan, harapnya anda semua dapat menerima..gelaran diri tidak penting, yg penting apa pesanan tersurat dan tersirat yg ingin disampaikan..sekadar pengenalan ringkas, diri ini dinamakan FARAH HANANI BINTI MOHD NOR seperti yg tercatat dalam i.c..kengkawan memanggil diri FARAH..kalo panggil nama laen rasenye takkan tertoleh kot..hehehe..tidak pandai berbahasa, tidak pandai mengarang ayat2 yg indah..hehehe..

maybe entri seterusnya akan dipenuhkan dengan ayat2 yg tunggang langgang, english yg grammer ntah pape..but just be that way..jadilah diri yg sebenar...moga anda semua tak poning kepala membacanya..hehehe

pesanan penaja..tatkala membaca blog ini..
jgn alpa pada solat
jgn lupa pada study
priority comes first k
sebab saya juga ada 'saham'..
enjoy ur reading..wasalam..:)