Thursday, April 29, 2010
enough is enough
pergh, sungguh penat!!! bajet cam class penuh je..: )
pagi : pi forensic department nak tgk autopsy. at the end, autopsy ke mana, aku kat bilik tgk citer.
petang : full of joy. bergema therapy room dgn gelak tawa kami. class with dr.subash. discussed about schizophrenia again...balik singgah makan pisang goreng. then, teman kawan pi maternity ward.
tidur. and here I am. baru bangun. baru je lepas lepak kat luar jap tgk bulan. gile, macam warewolf!!hehe
enough of sadness. enough mengeluh sana sini. menjadi orang yg tak betul+zombie. senyap tanpa sepatah perkataan. kesian roomate n groupmate aku. sorry guys : (
tetiba aku jumpe ayat best..
We might be best friends for one year, pretty good friends the next year, dont talk that often the next, and dont want to talk at all the year after that.
Hlovate said,
saya tak pandai melukis, jadi saya tak boleh 'draw and paint' perasaan saya.
saya tak pandai nak menyanyi, saya tak boleh lagukan isi hati saya.
saya tak ada 'art and skill' maka saya tak boleh nak 'shout out' buat 'graffiti' kat mana-mana dinding.
dan sebenarnya saya tak pandai pun menulis, saya tau 'throw out and spill' aje
dan kepada insan yg berYM ngan aku petang tadi, yg kite pernah
gelak sakan tak ingat dunia bersama
diam sampai aura "panas" terasa
gaduh mengalahkan budak kecik bersama
sakat menyakat mengalahkan bdk 9 tahun
rempit melebihi 100km/h macam bwk kerete F1 bersama
terus terang tak berlapik macam takde tembok antara kite
and I just want to say,
if I never talk to you again in my life
you are my bestfriend..always be.....
really miss our old days...: )
Wednesday, April 28, 2010
perlu ke?
Perlu ke maafkan orang?
aish, lemah semangat betol bile de manusia yg bertanya soalan nie kat aku. sbb aku akan teringat balik semua perkara yg aku tak ingin ingat langsung....
tak susah pon..dan pada aku, perlu kot. tak rugi papepun, maafkan mereka dgn ikhlas. bukannye berdosa pon maafkan orang, malah perbuatan terpuji tue. daripada dendam yg akhirnya menyakitkan perasaan diri sendiri.
cuba contohi Rasulullah SAW. bagila segala bagai fitnah, cemuhan, dibaling dgn najis dan batu hingga mengalir darah Baginda, Baginda tetap bersabar dan memaafkan kesalahan mereka. tak pernah sekalipun dibalas dgn perbuatan mahupun perkataan. kalau kita?? kalau boleh nak lihat orang tue sengsara macam kite terseksa dek perbuatan mereka. kalau boleh time tue gak nak kuarkan segala bunga silat, nak tampar, nak sembur dgn ayat kasar, nak flying kickla, kick ass la dsgbnya..
sedangkan Rasulullah yg merupakan kekasih Allah pon pemaaf, siapalah kita yg sebagai hambaNya yg khilaf ini utk tidak memaafkan orang..
try to forget your pain and past..walaupun susah nak lupa, buat2 lupa ajela..hehehe..watpe nak ingat benda yg menyakitkan hati..wat sesak nafas je..baek pikir benda lain..
lastly, nak share my reading pasal cara2 utk mengekalkan silaturahim/ukhwah dlm bersahabat
1. Mengekalkan persahabatan. beri kebebasan dlm bersahabat, insyaAllah nanti akan beri ruang pada kita berkongsi suka duka bersama, bukannya saling menyakiti dan membenci antara satu sama lain. setuju2!!! berada di samping sahabat susah dan senang...
2. saling menahan rasa cemburu. pe korunk ingat org yg bercouple2/berkahwin je bley jeles2??huhuhu..jgn maen terjah je, selidik dulu..tanye leklok, baru aman dunia..
3. saling memahami. dalam bersahabat, kite kenelah fahami sahabat korunk tue. utk elak timbul segala ketidakpuasan hati. sentiasa bersangka baik. kalau dia buat salah, cube tanye elok2. laenla kalau kantoi depan mata (yg nie, rase best je kalau dpt pelempang manusia nie. mujur anak orang kan. jangan sesekali mengamalkan perbuatan ini yek)
4. saling mengalah.
5. saling memberi kemaafan. sedangkan lidah sendiri pun tergigit, apatah lagi bila berkawan.
kesimpulannya, lembutkan hati anda. nobody is perfect.
penawar hati
jeez..schizoprenia, mania, delusion of grandiose, incronguent dan segala bagai terms...ditambah plak different types of thoughts..bley plak insertion, withdrawal, blocking + broadcasting...belum ditambah dgn euphoria=gelaran yg groupmate aku bagi bile aku gelak tak bley henti..paling best..masked depression = patient smiles and denies feeling miserable (tersengih aku baca, menusuk kalbu je term nie)........
*sigh*....
terima kasih kepada mereka yg concern, yg bertanya khabar (actually farina n biat je yg tanye)..esp selepas aku kuarkan statement aku perlukan someone for me to cry on..maaf, aku tgh tak betul time tue..tak penah2 aku wat statement terbuka nak bgtau satu dunia aku nak nangis.hukhukhukhuk...sowi aku wat anda berdua risau..sampai farina msg tgh hari (kacau je..hehe) dan biat tepon dari ausie (padahal baru je tepon aku..) sowi habeskan kredit anda berdua yg lebih baik dimanfaatkan dgn call ibu bapa anda...
if you want to find solace and balm for the sore, the words will heal it straight away - means alQuran. kalo susah hati, cuba baca ad Dhuha dan al-Insyirah..ayat memujuk..
betul ke? aku pernah dengar, tapi tak terlintas langsung..tuela, sbb before nie aci maen redah je baca tak tengok tafsir..rugi dulu tak belajar bahasa arab betol2..hailo2, farah hanani farah hanani..
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Bukankah Kami telah melapangkan dadamu?
Dan telah Kami ringankan bebanmu yang berat?
Yang membebankan punggungmu?
Dan Kami muliakan namamu
Sesungguhnya di samping kesukaran datanglah kesenangan
Sesungguhnya di samping kesukaran datanglah kesenangan
Apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan),
kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh urusan yang lain
Dan kepada Tuhanmu, hendakla kamu berharap.
[al-Insyirah]
terang lagi bersuluh, Allah dah berfirman, after each difficulty, there is a relief..we always have HIM!!!
maka, bersabarlah wahai diri!!!
Monday, April 26, 2010
blur
Tuesday, April 20, 2010
saya sayang dia
hari ini birthday siti fauzan mohd kamal..atau lebih dikenali dgn ijan..happy birthday ijan..
terlalu banyak terhutang budi pada dia..banyak sangat2..
waktu aku balik bilik tension2, terus tak jadi nak moody ke, ngamuk ke...sbb ijan nie manja orangnya..akan menangis bila kena marah sket..kalau suara aku naek sikit pon dia dah sedih2..dpt tahu masa 2nd year bila aku mengamuk sbb housemate yg lain tak reti nak hidup bermasyarakat..
waktu aku sedih dan sama waktu dgnnya, dia tak penah tanya..dia paham2 sendiri..bagusla, sbb aku tak suka org tau aku sedih..hehehe..
waktu aku sangat2 bengang kat sesape, diala tempat aku membebel..sian kat telinga dia dgr bebelan aku..
bila aku ada masalah esp mase kat Klang, dia yg mula2 risau..aish, sebaknya bila teringat Klang..huhuhu
terima kasih sbb datang support aku semasa arwah mak meninggal dulu..sanggup dia, wawa n hurul ponteng class pagi tue support aku masa uruskan jenazah arwah mak..at the end, wawa yg nangis..huhuhu
kalau nak cerita, panjang..memang panjang...satu college, satu class masa 1st year, housemate masa 2nd year dan roomate sejak 3rd year sampaila sekarang..
kenal ijan, dan ijan sebagai rummate aku...its the best thing happens to me as medical student..
semoga Allah sentiasa memberkati dan melindungi sahabatku ini, siti fauzan mohd kamal..
p/s : tadi ijan tanya, "farah, kita sayang kamu. kamu sayang kita tak?"..huhuhu..memang confirmla aku takkan jawab face to face..yup ijan, kita sayang kamu..: )
Monday, April 19, 2010
penatnye belajar
hurm, penat sungguh mata nie menatap buku psychiatric..silap2 ngan aku2 skali dapat mental disorder nak paham new terms nie.hehe..tapi baguih gak, bagi jalan sket neurons hafal bende baru.
tapi....
bukan itu yg aku nak kecoh2 dlm blog nie..syok2 tgh study, tetiba aku terfikir, napelah aku belajar ilmu2 nie yerk?
Al Mujahid As Syeikh Mustafa Masyur pernah menyebut ;
"Tarbiyyah (pendidikan) bukan segalanya-galanya, tetapi segala-galanya hanya dapat diraih dengan Tarbiyyah."
betul tak?? betul3....bak kata mak ayah kita, hanya pendidikan sahajala yg akan membawa kita keluar daripada kemiskinan hidup..betul tak?? (tolongla iakan...: )
kenapa anda semua belajar? bersusah payah bersengkang mata stay up, tidur tak lena mandi tak basah bila nak exam (cewahh..hehe)..sampai tension kita dibuatnya..
kebanyakan kita,
hanya belajar for the sake of exam..sbb tue ilmu tak lekat dlm kepala..utk pass rupanya..
hanya belajar for the sake of our parents...tak mahu hampakan mereka yg nak tgk anak2 mereka berjaya hingga ke menara gading..bila dah jadik anak yatim, belajar ntah ke mana...
hanya belajar sbb mahu dipandang tinggi oleh masyarakat...sbb itulah stigma masyarakat zaman sekarang..tak belajar maknanya tak berguna, sampah masyarakat...itulah kita, ish2...
Ibnu Athaillah mengatakan, dalam kitabnya Al-Hikam,
"Ilmu yang paling baik adalah yang disertai khasyyah."
khasyyah adalah rasa takut kepada Allah yang disertai mengagungkan Allah. Maka segala jenis ilmu yang tidak mendatangkan rasa takut kepadaAllah dan juga tidak mendatangkan pengagungan kepada Allah tiada kebaikannya sama sekali.
dah baca entry nie..jom kita ubah niat kita..
kita niatkan hati kita belajar sebab Allah SWT. Dia adalah pencipta kita semua, yang Maha Mengetahui. Dia menciptakan sesuatu untuk kita belajar sesuatu daripada ciptaanNya termasuklah ilmu2 ini. bukan suka2 je Allah jadikan sesuatu....utk kita berfikir, fikir dan fikir..
buka mata, tepuk dada tanya hati anda. luaskan pemikiran, thinking outside the box..bukan belajar ilmu agama sahaja yg diredhai, malah cabang ilmu lain pun turut bermanfaat buat kita.
itu juga salah satu cara untuk kita mendekati Allah, jika betul caranya kita mempraktikkan ilmu itu...: )
Sunday, April 18, 2010
itulah dia
orang kata, kalau orang itu benar2 beriman, akan terpancar pada wajah dan keperibadiannya. betul ke tak? aku tatau sampaila aku bertemu dan berkawan dgn seorang hamba Allah ini.
taktaula korunk semua kenal ke tak hamba Allah nie. yg pasti, dia bukan bdk medic takpun belajar di UM nie. bagi aku, dia adalah role model aku. jarang bagi aku utk meletakkan title "role model" kepada seseorang, apatah lagi bila dia sebaya dengan aku.
Hamba Allah ini aku kenal masa di Jasin. sesuai dengan keperibadiannya, dia telah dilantik menjadi Prez BADAR (badan dakwah dan kerohanian) bagi pihak puteri. so yg kenal hamba Allah ini hanya bdk2 jasin, batch spm 2004.
tak pernah aku lihat wajah seseorang yg sebaya aku yg sentiasa bercahaya dan tenang. tak perlu senyum pon dah nampak manis, apatah lagi bila dia senyum. tgk muka dia sahaja sudah tenang hati kami semua.
percakapannya tertib. kebolehan dia sebagai pembahas sekolah adalah satu bonus bagi dia. bila dia bersuara, suaranya lantang dan jelas. aku pernah ikut dia buat round kat sekolah selepas taklim, dipanggil operasi cegah maksiat. kalo org lain, mesti akan perli. tak pon marah2. tapi berbeza dgn dia, dia akan tegur dgn berhemah tapi tegas. bdk2 nakal di kalangan bdk pompuan pon respect dia tapi tidak pada prez bwp ke, ldp ke.
aku suka bila dia memberi tazkirah. tak taw nape bila dia yg menyampaikan, pasti senang je penerimaan kami. dan aku suka bila dia mengaji takpun mengalunkan alunan selawat. tersentuh hati kitaorang semua. kadang2 bila tiba time aku ngada nak bermanja2, aku akan tidur di riba dia sambil dia baca selawat shifa'. huhuhu...
banyak sebenarnya aku nak citer pasal sahabat aku seorang nie. sebagaimana korunk semua tahu keperibadian org yg beriman, macam itulah dia. tak pernah sekalipun kitaorang nie rase kecil hati dgn perangai dia.
aku pernah tanye dia kenapa aku dipilih sebagai naqibah sedangkan aku memang tak layak langsung kot (pemilihan naqibah mase tue memang susah kot sbb dia yg pilih). dia jawab, " sebab kita yakin dengan kamu"...saat aku sendiri pon tak yakin dgn diri aku, dan dia boleh yakin dgn diri ini yg serba kekurangan. terima kasih banyak2..
bila aku terkantoi dgn dia tak pi taklim malam, dia hanya senyum. pastu dia akan cakap "jangan buat lagi yerk". confirm aku dah tak buat lagi..
bila aku ada masalah, dia yg mula2 perasan dan bertanya sebabnya..
dan sekarang, kitaorang still keep in touch. hanya sekadar melalui YM. rindunya hendak bertemu dgn dia. khabarnya kini dia masih lagi giat dalam usaha mentarbiah. alhamdulillah, semoga dia akan sentiasa menjadi insan yg kami semua pernah kenal. memang bersyukur sangat2 sbb ada sahabat seperti dia. terima kasih ya Allah..: )
kita hanya manusia. manusia yg fitrahnya seorang yg pelupa dan sering berbuat kesilapan.
janganlah kita terlalu mengharapkan kesempurnaan dalam sahabat kita, kelak kita akan kecewa bila kita nampak ketidaksempurnaan dalam diri mereka.
dan bila kita dikecewakan oleh sahabat kita, berterima kasihla kepada mereka. sbb mereka telah mengajar kita menjadi lebih kuat dan tabah. supaya kita belajar dari dugaan itu. jgn dibalas perbuatan mereka itu, sbb itu hanya menunjukkan diri kita sama tarafnya dgn mereka itu.
