Thursday, November 12, 2009

budak kenit

minggu lepas di rumah
ketika duduk menghadap
k0tak petak yg bercahaya dan bersuara
tiba2 dia datang dan senyum
lantas dia cium
pipi kanan pipi kiri
lepas tue dahi
lalu peluk erat

dia lepas pelukan
senyum dan bersuara
cha sayang asyu
terus beredar

aku tergamam....
lalu berkata
asyu pun sayang cha

bile nak makan
semua kene tadah tangan berdoa
sbb dia akan baca doa makan
dan bile dgr org sendawa kekenyangan
dia menyampuk
alhamdulillah...

nampak ayah dia solat
cepat2 amik sejadah
cari tudung
ikut sama jemaah
lepas tue cabut lari..hehe

pernah satu ketika
dia bertanya
ayah, mane nenek..
errr...ayah dia pun tergamam
tanya die semula nenek mane
nenek pegi kubur...
huhuhu..
bertuah punya budak

itulah dia
nur farhana batrisyia
penghibur kami semua

Tuesday, November 10, 2009

selamat hari lahir...

salam alaik..:)

selamat hari lahir ke 61
kepada ayah tercinta
tak dapat diluahkan..tak dapat diungkap dengan kata-kata..sbb aku bukannye jenis meluahkan atau mempamerkan kasih sayang itu..huhu
bahawa aku sangat2 sayangkan dia

mari kawan2
tolong pikirkan sama2 hadiah harijadi dia
sbb aku mmg culas nak pikir

pilihan2nya..
baju/seluar = err..terlalu banyak koleksi baju n seluar tersusun di almari..tiap bulan kot dpt baju baru dari along/angah/alang
kasut = err...so far dah ade 3 loafers kat umah..siap alang pinjam tue..haishh, jelesnya de banyak kasut..jgn salahkan aku bile aku beli kasut baru..salahkan genetic..hehe
purse/belt dan satu set sebagainya = err..baru je hadiahkan dia last year..pokai duit den..hehe
buku = err..terlalu banyak buku di rumah utk dibaca..macam2 ada..terutamanya buku2 agama..
jam = hah!!terpikir nak bagi jam..jam along beli dah lama rosak..skang die pakai jam hadiah sape ntah..jam digital casio die aku pakai..hahaha..ampun yerk pa..hehe..

so...
anda setuju tak dgn cadangan di atas??
mungkin anda berkata
nilai harta itu tidak penting
sbb yg paling dihargai
ketulusan pemberinya
betul..aku setuju
tapi dia berhak dapat yg sepatutnya
sebab dia telah bersusah payah
mengikat perut berlapar
bekerja siang dan malam tanpa hirau kesihatannya
demi membesarkan kami empat beradik

apepun..
paling penting..
doa seorang anak kepada kedua ibu bapanya..
kan3??...

masih ingat lagi
mase kecik2
slalu kene rotan sebab degil...getah paip, rotan bulu ayam, surat khabar..nyatakan semuanya..semua dah merasa..hehe
kalo nak makan ubat..
mesti ayah standby kat sebelah..sbb aku amat2 payah makan ubat..sehingga sekarang..hehe
dia sentiasa sihat dan cergas
tapi sekarang dia kurang sihat
sesuai dengan umurnya yg makin meningkat
aku tahu dia sunyi..dan rindu pada arwah
sebab acap kali lepas asar
pasti dia baca yassin
sbb acap kali pagi jumaat
dia pasti ke kubur isterinya..

"Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yg tertambah-tambah dan menyusunya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepadaKu lah kembalimu" [ al-Luqman : 14 ]

konklusinya.....sayangi ibu bapa anda..:)

renungan bersama

assalamualaikum wbt kepada semua...: )

Dari Abdullah bin Umar r.a katanya:”Kami melakukan bai’at dengan Rasulullah s.a.w untuk patuh dan setia. Lalu nabi s.a.w bersabda:”Ucapkanlah!” Lalu aku berbai’at sesuai dengan kesanggupanku.”

hadis di atas
intipatinya adalah
berjanjilah sesuai dengan kemampuan anda
andai tidak mampu
jangan menitipkan kata2 janji
kelak anda akan mengecewakan hati sesama mukmin

jangan berjanji
andai anda terasa beban utk menunaikannya
jangan berjanji
terutama kepada kanak-kanak
andai tak mampu kotakannya
mereka yg akan paling kecewa

akan tetapi
berjanjilah pada diri sendiri dan sahabat
kite akan bersama2 memperbaiki diri, akhlak dan IMAN
tinggalkan yg ditegah Allah
amalkan yg diperintah Allah
insyaAllah..
syurga itu menanti kita kelak..

Dari Abi Zar r.a, Nabi S.A.W bersabda: (Hadith Qudsi) "Firman Allah Taala:

Wahai hamba-hamba-Ku, Aku telah haramkan ke atas diri-Ku kezaliman dan Aku jadikan kezaliman itu juga haram ke ats kamu semua maka janganlah berlaku zalim sesama sendiri.

Wahai hamba-hamba-Ku, semua kamu adalah sesat kecuali orang-orang yang mendapat petunjuk-Ku, maka mintalah hidayah daripada-Ku, nescaya akan Aku berikan.

Wahai hamba-hamba-Ku semua kamu adalah dalam kelaparan kecuali orang yang mendapat makanan daripada-Ku, maka mintalah daripada-Ku nescaya Aku berikan kepadamu.

Wahai hamba-hamba-Ku semua kamu adalah tidak berpakaian kecuali orang yang Aku berikan kepadanya pakaian, maka mintalah daripada-Ku nescaya akan Aku berikan.

Wahai hamba-hamba-Ku, kamu semua melakukan salah dan silap setiap masa dan Aku adalah pengampun dosa-dosa, maka pohonlah keampunan daripada-Ku nescaya Aku akan ampunkan...”

subhanallah..
sayangnya Allah pada kita
sentiasa berada di sisi kita
setiap masa
setiap detik

tiap manusia yg berbuat salah dan silap
tika dia sujud bertaubat dan memohon keampunan
maka Allah akan ampunkan dosa2nya

sedangkan kita hanya ingat pada Allah
tika berada dalam kesusahan
mahukah kita dilabel sebagai insan yang tidak bersyukur???
tepuk dada..tanya iman..(pesan hajah noorliza)

Friday, November 6, 2009

spastic center

salam n greetings to all...: )

pagi tadi..
kami pergi ke Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan..
berdekatan dgn condo ehsan ria n sebelah crystal crown hotel
cuba selami hati mereka yg juga hanya manusia biasa
yang cuma dipisahkan oleh kecacatan fizikal
kebanyakan mereka ramah..malah gembira menerima kehadiran kami
tampak di mata mereka..cuba berbicara
tidak dipinta dilahirkan sebegitu..
minta dilayan seperti manusia normal..
ketika itu kami senyap..
betapa kami bertuah dilahirkan sebagai manusia yg sempurna fizikalnya

kemudahan yg ada..
hydrowater therapy - utk physiotherapy..reduce muscle spasm
occupational room - mainly utk fine motor
speech therapy - melatih berkomunikasi dgn masyarakat..turut melatih cara2 makan yg betul
physiotherapy - mainly utk gross motor..elakkan permanent immobility
music room - stimulate spontaneous movements
computer room - exposure kepada IT..malah mereka ada facebook!!
gym room - utk gross motor jugak..tapi mainly utk org dewasa


antara kemudahan2 yang disediakan..

pantang ada masa..pasti akan bergambar..hehehe

adam, saiful haziq, zarina, azzah, farah, zahrah, kak syu, chai pin, yaw lim

tak terluah

salam semua..:)

jauh aku tenung dia
jauh aku tatap dia
dia tetap senyum

dicium sepasang tangan milik dia
terasa kasar dan timbul urat2nya
tanda dia telah berkerja keras selama ini

ya Allah
aku sangat sayangkan dia

ya Allah
aku sangat rindukan dia..
sangat2...

Tuesday, November 3, 2009

sekadar omelan..

salam n greetings to all...

dalam kesibukan, sempat bace satu article nie..anda semua bley bace kat iluvislam.com..tertarik dengan kata2 mutiara seorang sufi



hak seorang kawan
jika engkau tidak mampu memberi bantuan kepadanya
janganlah pula engkau memberi kesusahan kepadanya
jika engkau tidak mampu menggembirakannya
janganlah pula engkau mendukacitakannya
jika engkau tidak mampu memujinya
janganlah engkau mengejinya

kadang2 mesti terasa di lubuk hati kita
tak cukupkah apa yg kita lakukan utk mendapat sedikit kebaikan dari kawan kite
kadang2 mesti terfikir di benak fikiran kita
apakah yg kite lakukan sampai kite menangis memikirkannya
dan kadang2 mesti kite tertanye2
ape yg kite buat sampai dikhianati kawan sendiri

lumrah persahabatan
pasti akan ada yg terasa hati
semestinya selepas itu kite akan minta maaf bukan??
kecuali pd manusia yg ego utk mengucap kata2 maaf
org selalu cakap
forgive and forget
adalah menjadi hak semua insan di dunia ini utk forgive
sedangkan nabi pun memaafkan umatnya
apatah lagi kite sebagai insan biasa yg khilaf lagi hina ini

tapi bukan mudah utk melupakannye
kate orang yg suke bermadah
luka itu sudah lama sembuh
tapi parutnye itu masih ada

bukan senang utk melupakan sesuatu
apatah lagi bile kepercayaan kite dikhianati oleh seseorang
sungguh perit dan pedih sangat2
ada yang menangis kerana itu
kite mungkin boleh berpura-pura
yg perkara itu tidak pernah berlaku
atau kite berpura-pura kite lupa pada apa yg telah berlaku
sedangkan pada hakikatnya
kite masih terasa hati

kite gelarkan diri ini sebagai sahabat dia
tapi dalam diam
kite khianati dia

apabila ini berlaku
apakah boleh mereka dipercayai semula
apabila ini berlaku
apakah boleh kite respect pada mereka
apabila ini berlaku
apakah boleh persahabatan kite berubah seperti sedia kala

namun apa yg pasti
walaupun perit mana sekalipun
walaupun benci mana sekalipun
jgn sesekali memburukkan sahabat anda
jgn sesekali membuka aib sahabat anda
jgn sesekali meninggalkan sahabat anda
dalam senang atau susah

sebab itulah indahnya ikatan yg dipanggil
PERSAHABATAN...

ade yg berkate
dia sudah ada geng tersendiri
yg sudah kenal budi pekerti masing2
yg sudah lama kenal antara satu sama lain
tidak perlu sahabat lagi
sedangkan sahabat disana
sentiasa menanti
sentiasa memerhati
sentiasa mengambil berat akan sahabatnya itu
mungkin padanya tidak sama dengan kawan2 dia yg laen
akan tetapi dialah sahabat yg hadir apabila diperlukan

ade yg megah berkata
aku dah kenal die dah lame..bertahun2
sedangkan ia hanya angka semata2
sahabat yg baik
apabila kawannya menangis
dia turut menangis
apabila kawannya kesusahan
dia turut merasa susahnya
apabila kawannya melakukan kesalahan
dia tanpa ragu2 menegur sahabatnya atas kesalahan yg dilakukan
apabila kawannya gembira
maka dia turut merasa gembira

ade yg mengaku
diri dia hati batu
diri dia keras kepala
akan tetapi jgn dilupa
bahawa sahabat kite tak sama dengan kite
mereka punye perasaan...

kadang2 kite hanya nampak sahabat di depan mata kite
sedangkan jauh di satu sudut
berdiri teguh seorang sahabat
yg sentiasa mengambil berat
akan diri anda
apabila sahabat ini hilang
barulah kite sedar bahawa dialah
yg sentiasa menceriakan diri kite
yg sentiasa mengungkap kata2 semangat
tatkala itu
barulah kite rindu pada
gelak tawa
gurau senda
bersama sahabat kite ini

teringat kata2 seorang pendidik yg sangat2 disayangi
sentiasa berbuat baik pada orang lain
selagi mana mampu dikandung hayat

Sunday, November 1, 2009

....

salam...

agak lama tak update blog
banyak bende perlu diutamakan

agak penat kebelakangan ini
ulang alik umah
redah hujan
moga tak demam

ayah aku tak sihat kebelakangan ini..
moga aku tabah hati...