Thursday, January 27, 2011

end like this

assalamualaikum

macam kat atas tue...muktamad...yang bermula, ada akhirnya.

sooner or later, "muka buku" juga akan deactivatekan..

mana yang pernah aku janjikan apa-apa atau sesuatu, aku akan tunaikan. insyaAllah..

terus dan gigih dalam blog anda semua, aku akan jadi silent reader..

moga Allah redha..

^__^

Wednesday, January 26, 2011

mati


"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam" [al-Imran;102]

Bila mati disebut dibibir
tiadalah melainkan getaran yang dirasa
Bila mati di fikiran
tiadalah melainkan memikirkan dosa yang lalu

Aku bertanya pada empunya diri sendiri
"Engkau sudah bersedia?"
Tiadalah melainkan titisan air mata mengalir

Menadah tangan merendahkan diri
Agar dosa-dosa yang lampau diampuni
Menadah tangan menangis teresak-esak
Agar taubatku diterimaMu

Ampunkan segala kesalahan aku
kerana tidak menjadi hambaMu yang taat
kerana tidak menjadi anak yang solehah
kerana tidak menjadi sahabat yang menyenangkan
Ampunkan aku


Lahir dari hati
dengan sayu bertandang

~fhmn111~

Tuesday, January 25, 2011

articles

assalamualaikum and greetings...

jom baca article nie..moga kita sama-sama dapat manfaatnya ^__^


2. sarung tangan......yang ini, aku respect spring...cayalah...baru indah Islam di kaca mata dunia...




corner MPIS

assalamualaikum

alhamdulillah, selesai sudah MPIS. bagus2..hehehe..

iye, seronok kan? memang seronok...makan pun sodap..alhamdulillah kenyang hingga ke habes..hehe

dan akhirnya, aku buat semula apa yang dah lama tak buat. perkara yang pernah dibuat semasa zaman sekolah bersama-sama dengan Fauzana, our beloved timb presiden BADAR (badan agama dakwah dan islamiah). duduk kat one corner kat ceruk dewan dan perhatikan ahli dewan tersebut.

aku yg memang blurr sket mengaru kepala. ape kehalnye dok corner dewan nie??huhuhu

dan beliau jawab, "dengan hanya melihat, kita dapat lihat semuanya. jelas dan nyata. sebagai peringatan kepada kita."

ooooooo.....dengan mata hati, barulah dapat melihat dengan jelas. tapi sebelum itu, maafkan aku kalau selepas ini akan mengguris/mengusik hati kawan-kawan saya. ini untuk aku sendiri, dan untuk yang lain-lain..:)

dengan hanya melihat pelbagai kerenah manusia, aku hanya tersenyum. si polan yang macam ini jadi macam ini rupanya. si polan yang aku kenal macam itu, inilah hasilnya.

aku tersenyum bukan kerana bangga. bukan kerana sinis. tapi aku tersenyum, sebab Allah masih dapat memberi "sesuatu" untuk aku kutip.

kita bertudung, bukan hanya untuk tutup rambut aje. bahagian depan tue, kene tutup juga..kalau pakai tudung dah nampak bentuk sanggul?

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad.

bergetar hati aku baca hadis ini. sebak hati aku bila teringat takut-takut aku pernah jadi sebegini. bila korunk nampak aku nak atau sudah menjadi seperti di atas, aku bagi green light awal-awal untuk 'sound' aku. direct je..nak marah, nak pukul ke pe, dont worry aku bagi. kalau aku marah balik, cakap aku dah bagi green light..

kita berpakaian cantik, untuk jaga imej diri sendiri dan juga Islam. tapi perlulah saluran yang betul...trend sekarang makin nipis makin bagus. makin ketat lagi bagus. err, macam mana tue??

adam dan hawa, jelas dalam al-Quran dan hadis, ada dinyatakan adab-adab batas pergaulan. tapi kadang-kadang kita terbabas juga. jika kita menyesal dan bertaubat, alhamdulillah. tapi kalau hati kita dah terusik, suka dan siap simpan gambar sebagai kenangan, nauzubillah. beramai-ramai boleh diterima lagi, tapi kalau berdua? aigo, confirm bersorak sakan syaitan sekeliling.

jika ramai yang diberi pilihan antara dunia dan akhirat, CONFIRM kite akan memilih AKHIRAT. tapi hakikatnya, kita tak berusaha untuk ke akhirat. kita mahukan akhirat, tapi dalam hati kita masih tetap dengan yang buah hati kita, iaitu dunia.

jom renung kembali, apa yang kita buat selama ini. mungkin sebab-sebab inilah yang menjadi penghalang kita untuk belajar, susah nak hafal, selalu ditimpa masalah dan sebagainya.

sekali lagi, aku minta maaf kalau kot-kot ade yang terguris or terusik ke...iye, aku pun 2x5 je..tapi again, tak perlu tunggu diri sendiri untuk sempurna untuk menasihati orang lain. sebab aku sayang korunk semua...hehehehehehe.....

“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.” – al-Ahzaab (33) : 36

Sunday, January 23, 2011

nasihat


Tak kiralah beza antara aku dan engkau
Antara langit dan bumi
Hitam dan putih
Asasnya kita MANUSIA.

Manusia yang tak lari daripada silap.
Manusia, fitrahnya pelupa.
Manusia, bukan malaikat.

Nasihatilah
Saling peringatilah sesama kita
Tidak perlu tunggu diri untuk sempurna
Untuk menasihati

"Demi masa, sesungguhnya semua manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesan kepada kebaikan, dan berpesan-pesan kepada kesabaran"


Thursday, January 20, 2011

reading


Bukan dunia sahaja yang kita kejar, tapi berlarilah untuk mengejar AKHIRAT.

p/s : baca buku, tapi jangan sesekali lupa baca al-Quran..^___^

assalamualaikum n greetings..

terhibur. dah lama tak dengar word "POYO". kalau suruh tafsir ayat nie, aku pun tatau pemende maksudnya. dah kenal ayat nie sejak zaman sekolah kot. zaman dulu, aci redah je sebut word yang memang laen terkeluar dari silibus. sampai pening kepala cikgu-cikgu bahasa. hahaha

recently, dapat invitation masuk group 'geng poyo'. hahaha...consists of nisa as organizer, shima, shahirah, lina, farah inani, faraha, farina, fatin, lea and last but not least, ME..^__^..insyaAllah akan bertambah??

it has been ages kot tak jumpa diaorang. except fatin and nisa. itupun sbb fatin wat elective kat PPUM mase summer break die and nisa datang melawat. the rest, dah berbulan-bulan. hatta nak jumpe farina pun setakat masa pi Bandung dulu. ish ish ish...

dan bila pikir-pikir balik, lawak pun ada. celah mana aku boleh tercampak dalam group nie pun tatau. sebab mereka mereka adalah orang yang hebat dan bijak pandai. kalau aku terkial-kial nak jawab soalan add math, depa dengan senangnya jawab macam jawab 1+2..bila speaking, pergh keluar dari mulut senang je..hahahaha...dahle pegang macam-macam jawatan kat sekolah..BWP, LDP, emcee...aku ahli pelajar mengganggur aje..hehehe...macam langit dan bumi...

Indahnya aturan Allah kan? different socio-cultural background dengan perangai yang berbeza, but yet ukhwah itu masih utuh. they are still the same person that I've met 7-8 years ago. in fact, they are much more better as a muslimah.

Alhamdulillah..^___^